Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Keputusan BRM tarik diri dari liga ditentukan Khamis depan

Pasukan bola sepak BRM Kuala Kangsar dijangka akan memutuskan sama ada menarik diri daripada liga disertainya minggu depan.

Malaysiakini difahamkan kelab yang terpalit kontroversi penajaan syarikat vape itu akan bermesyuarat bagi memutuskan perkara itu Khamis depan.

Semalam, BRM mengeluarkan kenyataan media yang memaklumkan mereka mungkin menarik diri daripada Liga bola Sepak Amatur (AFL) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Kebarangkalian dan kemungkinan itu jika masalah penajaan boleh diselesaikan dalam dua minggu,” katanya. 

Isu penajaan syarikat vape itu menjadi isu selepas timbalan menteri belia dan sukan Adam Adli Abdul Halim hadir acaranya dan menyarung jersinya yang mempunyai logo Aladdin Pro.

Ia menimbulkan persoalan sama ada ia melanggar syarat penajaan pasukan bola sepak dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Adam memberitahu Malaysiakini bahawa dia tidak dimaklumkan lebih awal berkaitan penajaan syarikat vape itu dan tidak mengiktiraf penajaan sukan oleh entiti itu.

Ketua Pegawai Eksekutif BRM Ghafari Nasir membuat permohonan maaf terbuka di media sosial berkaitan isu itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS