Jakim FC muncul juara Liga Putrajaya 2022 dengan kelebihan enam mata berbanding pasukan tangga kedua liga setelah menamatkan perlawanan ke sepuluh atau terakhir.
Pasukan bola sepak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang diasaskan dan diketuai penceramah lantang Zamihan Mat Zin itu seri 0-0 dengan Evo FC malam tadi.
Jakim di media sosialnya berkata Jakim FC berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM4,000 dan piala pusingan.
“Kemenangan ini juga melayakkan Jakim FC bersaing dalam saingan Liga M4 musim hadapan,” kata jabatan itu.