Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Presiden Indonesia Joko Widodo mengesahkan negaranya tidak akan dikenakan hukuman oleh Fifa susulan tragedi 1 Okt di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur yang meragut 125 nyawa termasuk kanak-kanak.

Perkara itu disampaikan oleh Presiden Fifa Gianni Infantino menerusi surat kepada Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.

“Berdasarkan surat tersebut, alhamdulillah bola sepak Indonesia tidak dikenakan sanksi oleh FIFA,” kata Jokowi dalam satu kenyataan, sambil menambah Infantino akan melawat Indonesia bulan ini atau November.

Jokowi berkata Indonesia, Fifa dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan bekerjasama mentransformasikan bola sepak negaranya.

Perkara yang akan diberi perhatian termasuk jadual pertandingan, standard keselamatan stadium, prosedur operasi standard keselamatan serta sesi libat urus bersama pakar, kelab dan wakil penyokong.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS