Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
PM ucap tahniah Pandelela raih gangsa kejohanan antarabangsa
Diterbitkan:  Jun 29, 2022 8:15 AM
Dikemaskini: 3:24 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong Pamg atas kejayaan memenangi pingat gangsa bagi acara 10 meter (m) platform wanita di Kejohanan Dunia 2022 di Budapest, Hungary semalam.

Perdana menteri menerusi catatan di Facebook berharap kejayaan yang diraih Pandelela akan menjadi pendorong kepada mereka yang akan beraksi dalam acara-acara seterusnya.

“Saya doakan beliau meraih pingat seterusnya semasa acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Nur Dhabitah Sabri, Khamis ini,” kata perdana menteri.

Pada aksi final yang berlangsung di Arena Duna, penerjun berusia 29 tahun itu mengumpul 338.85 mata dalam keseluruhan lima terjunan untuk memastikan kedudukan podium dalam genggamannya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS