Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Piala Thomas: Malaysia kandas di suku akhir
Diterbitkan:  May 12, 2022 11:57 PM
Dikemaskini: May 13, 2022 5:05 AM

Pasukan badminton negara gagal ke separuh akhir Piala Thomas selepas kecundang kepada India sebentar tadi dengan keputusan akhir 3-2.

Pemain persendirian negara Leong Jun Hao yang menjadi penentu selepas keputusan seri 2-2, tewas kepada lawannya, Prannoy HS dengan set pertama 21-13 dan set kedua 21-8.

Terdahulu, pemain persendirian negara Lee Zii Jia menewaskan pemain nombor enam dunia Lakshya Sen dari India, manakala beregu Aaron Chia dan Teo Ee Yi menewaskan pasangan beregu India, Krishna Garaga dan Vishnuvardhan Panjala.

Bagaimanapun, pemain beregu India Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty pula menewaskan pemain beregu Malaysia Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin. Pemain persendirian Kidambi Srikanth dari India turut mengatasi Ng Tze Yong dari Malaysia.

Untuk perlawanan seterusnya, India akan berhadapan Korea Selatan atau Denmark.

Pasukan lain yang turut berentap ke separuh akhir ialah juara bertahan Indonesia, China, Taiwan dan Jepun.

Semalam, skuad kebangsaan menumpaskan juara 2014 Jepun.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS