Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Maguire terima ancaman bom lepas MU diaibkan Liverpool
Diterbitkan:  Apr 22, 2022 5:20 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

Salah seorang 'bintang' paling panas di Manchester United ketika ini, Harry Maguire, menerima pelbagai ancaman termasuk bom sepanjang tempoh kira-kira 36 jam lalu.

Ancaman bom terhadap kediaman kapten kelab terbabit disahkan polis Cheshire hari ini.

Maguire tinggal di rumah itu bersama tunangnya serta dua anak mereka.

Kejadian membimbangkan itu berlaku tidak lama selepas United diaibkan oleh Liverpool dengan persembahan Maguire terus diperkatakan - sama ada dengan kemarahan atau diperolok-olokkan.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini polis Cheshire berkata, mereka menerima panggilan ancaman bom terhadap satu alamat di kawasan Wilmslow pada 20 April.

"Tiada pengosongkan kediaman dibuat tetapi polis mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghantar unit pengesan bom ke alamat berkenaan pada 21 Apr bagi memeriksa kawasan sekitar premis tersebut," katanya.

United membawa Maguire dari Leicester City pada 2019 dengan harga £80 juta sekali gus menjadikan dia pemain pertahanan termahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Di sebalik harga yang tinggi itu, prestasi Maguire selalu dikecam.

Sementara itu jurucakap Maguire berkata keselamatan keluarga pemain terbabit kini menjadi keutamaannya.

Pun begitu, katanya, Maguire akan terus membuat persiapan seperti sepatutnya bagi menghadapi perlawanan akan datang dan tidak bercadang untuk memberi kenyataan berhubung ancaman bom buat masa ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS