Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Pemain hoki kebangsaan era 80-an, S Sivabalan meninggal dunia
Diterbitkan:  Mar 12, 2022 7:30 PM
Dikemaskini: 11:30 AM

Bekas pemain hoki kebangsaan S Sivabalan,59, meninggal dunia di Ipoh, Perak, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Prof Datuk Dr S Shamala.

Sivabalan dikatakan pengsan ketika sedang bermain hoki dalam satu perlawanan bagi sambutan ke-125 tahun Kelab Diraja Ipoh.

“Saya difahamkan oleh rakan Sivabalan yang berada di situ di mana beliau tiba-tiba rebah ketika bermain.

Rakan-rakannya turut cuba melakukan bantuan pernafasan kecemasan namun beliau tidak menunjukkan sebarang respons,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan Sivabalan meninggal dunia pada 3.30 petang tadi.

Sivabalan pernah bermain mewakili skuad hoki kebangsaan pada era 80-an dan turut bermain untuk pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang pada era 90-an dikenali sebagai Kelab Kilat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS