Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Krisis Rusia-Ukraine dikhuatiri jejas perlawanan akhir UEFA

Krisis berterusan Rusia-Ukraine mungkin mencetuskan risiko terhadap perlawanan akhir saingan Liga Juara-Juara UEFA 2022 yang akan dijadual berlangsung di St. Petersburg pada Mei, menurut UEFA.

"UEFA sentiasa memantau rapat keadaan dan sebarang keputusan akan dibuat dalam masa terdekat jika perlu," menurut badan induk itu lapor Agensi Anadolu.

Sebelum ini, UEFA menangguhkan perlawanan Liga Remaja antara Dynamo Kyiv dan Sporting Lisbon, yang dijadual berlangsung pada 2 Mac di ibu negara Kyiv, Ukraine.

Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin mengiktiraf wilayah Luhansk dan Donetsk dan mendakwa Barat mengabaikan kebimbangan utama Moscow berhubung keselamatannya.

Pengumuman itu menerima kecaman dunia, disifatkan melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa. Negara-negara Barat berikrar untuk mengenakan sekatan baharu ke atas Rusia.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS