Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Harimau Malaya kekal di tangga ke - 154 dunia

Kedudukan Harimau Malaya di peringkat dunia dilihat tidak berganjak apabila kekal menghuni tangga ke-154 berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Kedudukan terkini skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu masih kekal seperti ranking terdahulu, yang dikemas kini pada 19 Nov lepas.

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran di laman Facebook memaklumkan, tarikh kemas kini ranking FIFA seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Feb depan.

Baru-baru ini, skuad Harimau Malaya mengalami episod duka selepas tersingkir di peringkat kumpulan Piala AFF 2020 di Singapura.

Mereka menamatkan cabaran di tempat ketiga dalam Kumpulan B di belakang Indonesia dan juara bertahan Vietnam, seterusnya gagal layak ke separuh akhir saingan berkenaan.

Keputusan itu menyaksikan impian Malaysia untuk layak ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut selepas dihampakan Vietnam pada edisi 2018, musnah dan seterusnya gagal mencapai sasaran ditetapkan FAM untuk ke final sebelum ini.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS