Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
NSFC tak teruskan saingan Piala Malaysia lepas 20 positif Covid-19
Diterbitkan:  Oct 22, 2021 5:33 PM
Dikemaskini: 9:33 AM

Juara Liga Premier 2021 Negeri Sembilan FC (NSFC) tidak dapat meneruskan saingan Piala Malaysia musim ini selepas 20 pemain serta empat pegawainya disahkan positif COVID-19.

NSFC menerusi kenyataan memaklumkan pegawai dan pemain terbabit sedang menjalani kuarantin wajib di rumah serta dipantau selama 10 hari oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Ujian pengesanan COVID-19 secara berterusan sedang dilakukan bagi kontak rapat para pemain dan pegawai NSFC yang terlibat.

“Demi menjaga keselamatan semua pihak serta saranan doktor pasukan, pihak NSFC ingin memohon kemaafan kepada penyokong kerana hal ini menyebabkan pasukan tidak dapat meneruskan baki saingan Piala Malaysia musim ini,” menurut kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi pasukan itu hari ini.

NSFC memaklumkan hal itu turut menyebabkan perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC yang sepatutnya diadakan dua hari lepas dibatalkan.

“Pihak NSFC berharap agar para penyokong memberi sokongan dan mendoakan kesejahteraan pemain dan pegawai pasukan,” menurut kenyataan itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS