Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Polis serbu pejabat kelab, tahan bekas presiden Barcelona FC
Diterbitkan:  Mar 2, 2021 3:59 PM
Dikemaskini: 7:59 AM

Bekas presiden kelab bola sepak Barcelona Josep Maria Bartomeu, ​​ ditahan polis Catalonia susulan skandal Barcagate, lapor akhbar El Mundo pada Isnin.

Terdahulu, polis Mossos d'Esquadra menyerbu pejabat stadium Camp Nou, sebagai sebahagian siasatan skandal Barcagate.

Bartomeu dikatakan telah mengupah sebuah syarikat untuk memfitnah beberapa pemain dan bekas pemain yang pernah mengkritiknya.

Menurut media, selain Bartomeu, turut ditahan Ketua Pegawai Eksekutif kelab itu Oscar Grau, Ketua bahagian perundangan Roman Gomez Ponti dan penasihat Bartomeu, Jaume Masferrer.

Polis dilaporkan sedang menyiasat tuduhan rasuah, menurut Agensi Berita Sputnik.

Bartomeu meninggalkan Barcelona pada Oktober 2020 selepas bertelagah dengan pemain bintang kelab itu, Lionel Messi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS