Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim bakal kembali menyarung jersi pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 yang dijangka bermula pada 5 Mac depan.

Berita kepulangan pemain berusia 34 tahun itu dipaparkan menerusi satu video ringkas berdurasi 28 saat yang dimuat naik dalam laman Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini, dengan kemunculannya disambut rakan sepasukan Matthew Davies dan Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Safiq pernah menyertai JDT dari 2013 hingga 2018 sebelum berpindah ke Melaka United.

Dalam pada itu, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut memberi komen ringkas dalam laman Instagram pasukan bola sepak itu sekali gus mengesahkan kepulangan Safiq dalam skuad Harimau Selatan.

Sepanjang bersama skuad Harimau Selatan sebelum ini, Safiq yang merupakan bekas perancang tengah JDT, membantu pasukan itu menjulang beberapa kejuaraan termasuk Piala Malaysia, Piala FA, Piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala AFC.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS