Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Juara dunia acara larian 100 meter lelaki, Christian Coleman, pada Selasa dilarang menyertai sebarang kejohanan selama dua tahun kerana melanggar peraturan anti-doping, lapor Agensi Anadolu.

"Tribunal Disiplin menyokong tuduhan AIU dan mengenakan tindakan ke atas pelari pecut Christian Coleman dari Amerika Syarikat kerana melanggar peraturan antidoping," tulis Unit Integriti Atlet (AIU) di Twitter.

AIU berkata Coleman dilarang menyertai apa jua pertandingan sehingga 13 Mei 2022.

Berikutan itu, pelari berusia 24 tahun tidak dapat menyertai Sukan Olimpik Tokyo. Namun, beliau boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Coleman merangkul emas dalam acara 100m dan 4x100m di Doha tahun lalu.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS