Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Ivan, Wee Wern pertahan gelaran juara Kejohanan Skuasy Kebangsaan

Juara bertahan, Ivan Yuen dan Low Wee Wern masing-masing mengekalkan gelaran juara kebangsaan kategori perdana lelaki dan wanita selepas memenangi final Kejohanan Skuasy Kebangsaan Ke-36 yang berlangsung di Arena Nicol David, Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil di Bukit Jalil, Kuala lumpur, semalam.

Ivan yang merupakan juara sejak 2017, mengambil masa 48 minit untuk menundukkan pemain kebangsaan yang juga peman pilihan kedua kejohanan Muhammad Syafiq Kamal dengan 11-8, 11-9 dan 11-6.

Terdahulu, pemain nombor satu wanita negara Low Wee Wern diasak hebat dalam pertarungan selama 57 minit sebelum memenangi perlawanan akhir itu dengan kemenangan 3-11, 11-7, 11-6, 3-11 dan 11-9 ke atas Juara 2018, S Sivasangari.

“Amat menarik menyaksikan pemain wanita berentap dengan hebat,” kata Wee Wern.

Ini petanda baik buat skuad kebangsaan dan ini menunjukkan mereka berlatih dengan konsisten walaupun mereka boleh sahaja berehat,” kata beliau yang sebelum merupan penyandang juara tiga kali pada 2012, 2014 dan 2019.

Di atas kemenangan mereka Ivan dan Wee Wern masing-masing membawa pulang RM4,000 dan juga piala kemenangan sementara Muhammad Syafiq dan Sivasangari masing-masing menerima RM2,000.

Setiap pemain yang tewas di peringkat separuh akhir menerima RM1,000.

Keputusan Final:

Lelaki Perdana :

[1] Ivan Yuen mn [2] Muhammad Syafiq Kamal 11-8, 11-9, 11-6

Wanita Perdana:

[1] Low Wee Wern mn [2] S Sivasangari 3-11, 11-7, 11-6, 3-11, 11-9

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS