Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Seramai 81 atlet Rusia yang berada dalam kem latihan persekutuan dan wilayah, didapati positif Covid-19, kata Pengarah Jabatan Sukan Kementerian Sukan Rusia Alexei Morozov kepada saluran televisyen Rossiya.

Pada Mei, atlet dibenarkan kembali menjalani latihan selepas ia ditangguhkan di tengah penularan Covid-19, lapor Agensi Berita Rusia.

"Bersama dengan Badan Perubatan dan Biologi Persekutuan (FMBA), kami melancarkan operasi mengesan individu dan kontak rapat mereka yang dijangkiti," katanya.

"Mereka yang dijangkiti di kem itu dipindahkan dan diasingkan, manakala selebihnya menjalani kuarantin. Bilik kuarantin disediakan di semua kem latihan."

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS