Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Vietnam kekal pasukan bola terbaik di Asia Tenggara

FIFA mengumumkan kedudukan dunia terbaharu pada 17 September, dengan Vietnam kekal sebagai pasukan teratas di Asia Tenggara, mengatasi Thailand dengan 20 kedudukan, agensi berita Vietnam memetik laporan akhbar Nhan Dan.

Kedudukan terbaharu itu menyaksikan banyak perubahan ketika siri perlawanan antarabangsa di peringkat pasukan kebangsaan berlangsung di Eropah awal bulan ini dalam kerangka Liga Nasional.

Menerusi kenyataan itu, pasukan Asia juga menyaksikan sedikit perubahan dalam kedudukan dunia mereka walaupun tiada perlawanan. Oleh itu, Thailand turun satu kedudukan ke tangga 114 dunia, sementara pasukan Vietnam Park Hang-seo mengekalkan kedudukan ke-94 mereka dengan 1,258 mata.

Di Asia, Vietnam berada di No. 14, enam di atas Thailand. Jepun terus menerajui benua itu sebagai pasukan ke 28 dunia (1,500 mata), diikuti Iran pada tangga ke 30 (1,489).

Kedudukan FIFA berikutnya dijadual dikeluarkan pada 22 Oktober, dengan rombakan dijangka dengan rangkaian pertandingan dalam kerangka Liga Nasional, kelayakan Euro 2020 dan kelayakan Amerika Selatan untuk Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS