Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Ronaldinho selesai jalani 171 hari tahanan dalam rumah

Selepas hampir enam bulan berada di bawah tahanan rumah di Paraguay, bekas bintang bola sepak Ronaldinho dibebaskan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Bekas penyerang sensasi Barcelona dan saudaranya, Roberto de Assis Moreira, ditahan kerana masuk ke Paraguay menggunakan pasport palsu pada 4 Mac.

Ronaldinho dan Roberto masing-masing membayar ikat jamin AS$800,000 dan dipindahkan ke sebuah hotel empat bintang di Asuncion, ibu negara Paraguay.

Mereka akan dibenarkan meninggalkan negara itu, dan Ronaldinho akan dibebaskan tanpa rekod jenayah di Paraguay selepas membayar denda AS$90,000. Sementara Roberto dibebaskan dengan rekod jenayah selepas melunaskan denda sebanyak AS$110,000.

Roberto akan diperiksa oleh pihak berkuasa setiap tiga bulan selama dua tahun semasa berada di Brazil dan tidak dibenarkan meninggalkan negara asalnya.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS