Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
60 peratus rakyat Jepun mahu Olimpik Tokyo ditangguhkan
Diterbitkan:  Jul 22, 2020 2:53 PM
Dikemaskini: 6:53 AM

Tinjauan mendapati lebih 60 peratus warga Jepun lebih suka temasya Olimpik 2020 dibatalkan atau ditangguhkan sekali lagi, lapor agensi berita Sputnik.

Pada akhir Mac, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan jawatankuasa penganjur Sukan Tokyo 2020 mengumumkan acara itu ditangguhkan pada 2021 kerana wabak COVID-19.

Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, dijadual diadakan dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Menurut hasil tinjauan oleh penyiar NHK, 31 peratus responden mahu Olimpik 2020 dibatalkan sepenuhnya, sementara 35 peratus mahu ia ditunda sekali lagi. Hanya 26 peratus bersetuju ia dilangsungkan mengikut jadual.

Tinjauan dilakukan dari 17 hingga 20 Julai melalui panggilan telefon, membabitkan 1,298 warga Jepun yang dipilih secara rawak.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS