mk-logo
Sukan
SPRM reman pengurus pasukan bola IPT awam
Diterbitkan:  Jul 9, 2020 4:21 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Seorang pengurus pasukan kelab bola sepak sebuah universiti awam di Selangor direman tiga hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ellyana Othman di Shah Alam semasa membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Lelaki berumur 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM di Shah Alam, semalam.

Suspek yang juga pegawai belia dan sukan di universiti awam itu dipercayai menggunakan jawatannya bagi memilih satu syarikat menjadi ejen pengurusan membawa masuk seorang pemain bola sepak import untuk pasukan tersebut yang mana dia mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS