Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Media sosial diwarnakan merah oleh penyokong Liverpool
Diterbitkan:  Jun 26, 2020 9:24 PM
Dikemaskini: 1:28 PM

Media sosial kelab peminat bola sepak Liverpool (Liverpool FC) berlatar merah kerana meraikan kemenangan pasukan mereka berjaya merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) menamatkan penantian selama 30 tahun.

Hos platform podscast sukan dan peminat Liverpool FC, Nikhil Reuben Michael berkata, menunjukkan bagaimana media sosial menonjolkan kelab peminat di Malaysia kerana Kopites tempatan ini gembira dengan kemenangan pasukan kegemaran mereka.

Malah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut meraikan kejayaan itu dan mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Inggeris itu bersama penyokong setianya di media sosial.

“Tahniah buat semua penyokong Liverpool FC di Malaysia,” catatnya menerusi akaun Facebook bersama poster yang tertera “Tahniah Liverpool, Juara Liga Inggeris 2019/2020.”

Antara ramai peminat di Malaysia, beberapa ahli Kabinet yang memang diketahui meminati Liverpool FC sudah pastilah teruja dengan kejayaan pasukan kegemaran mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyiarkan semula mesej pemimpin nombor satu negara dengan kapsyen “Terima Kasih YAB PM! #YWNA” manakala Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyiarkan “Congrats to Liverpool FC for winning the Premier League 2019/2020! The best team in Europe, the world, and now, England (Tahniah Liverpol FC memenangi Liga Perdana 2019/2020! Pasukan terbaik di Eropah, dunia, dan sekarang, England). #YNWA” dengan gambar anak lelakinya dan jersi pasukan nombor 4 yang tertera namanya.

Sebagai peminat, Nikhil juga terlalu gembira kerana dia berjaya menyaksikan detik keemasan itu.

"Terdapat komuniti peminat Liverpool yang besar di sini. Dengan pandemik COVID-19, satu-satunya cara peminat boleh meraikannya melalui media sosial dan menggunakan sepenuhnya platform itu, saya fikir ia adalah antara fungsi terbaik mengenai media sosial kerana ia mampu mengumpulkan semua peminat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nikhil menambah ia adalah suatu kelegaan dan memberikan mereka ‘kebanggaan yang luar biasa’.

“Para peminat semua merasakan sudah terlalu lama menunggu selama 30 tahun dan merangkul kejuaraan adalah titik perubahan yang besar,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS