Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Nanjing ganti Wuhan jadi tuan rumah
Diterbitkan:  Jan 23, 2020 4:32 PM
Dikemaskini: Jan 27, 2020 10:29 AM

Perlawanan kelayakan bola sepak wanita Olimpik 2020 yang sepatutnya berlangsung di Wuhan bulan depan ditukar ke Nanjing, umum Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Rabu lapor agensi berita Xinhua.

Ia berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak koronavirus baharu.

Dengan virus 2019-nCoV yang tersebar merentasi beberapa wilayah China dan 571 kes jangkitan dilaporkan, pihak berkuasa China menggesa orang ramai untuk tidak pergi atau keluar dari Wuhan, lokasi virus itu pertama kali dikesan pada akhir Disember.

Bandar di tengah China itu dijadual menjadi tuan rumah semua perlawanan dalam Kumpulan B kelayakan bola sepak wanita Olimpik 2020, dengan China, Australia, China Taipei dan Thailand diundi dalam kumpulan itu.

"Atas permintaan Persatuan Bola Sepak Cina, AFC menukar gelanggang perlawanan ke Pusat Latihan Sukan Jiangning di Nanjing, di Wilayah Jiangsu China," kata AFC dalam media sosial.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS