Peminat bola sepak di Malaysia binggung sama ada pemilik juara Liga Perdana Inggeris Manchester City berminat membeli salah satu kelab tempatan atau sebaliknya seperti yang disiarkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Khamis lepas, delegasi City yang dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan City Ferran Soriano bertemu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Menara Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.
Syed Saddiq mengumumkan bahawa minat membeli sebuah kelab adalah salah satu daripada dua pelan awal yang dibincangkan di samping kerjasama pembangunan belia menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) serta Akademi Mokhtar Dahari (MDA) di Gambang.
Tetapi menurut teks yang diterima Tunku Ismail dari Soriano semalam, rakyat Sepanyol berusia 51 tahun itu menyebut bahawa dia berada di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan salah seorang penaja komersial mereka dan mempelajari tentang bola sepak Malaysia.
“Tuanku TMJ… Ini Ferran Soriano - City Gootball Group. Joan Laporta (bekas presiden Barcelona) memberikan saya nombor telefon tuan. Saya berlepas dari Kuala Lumpur menuju New York. Saya akan memaklumkan bila saya akan kembali ke Malaysia dan berharap dapat berjumpa dengan tuan.
"Saya berada di sini untuk bertemu dengan salah satu penaja komersial kami dan mengambil peluang untuk mempelajari lebih lanjut mengenai bola sepak Malaysia. Saya tahu tuan meninjau tempat latihan kami dan Pep Guardiola baru-baru ini. Saya harap kami dapat membantu atau memberitahu saya jika ada sesuatu yang boleh kami lakukan untuk tuan," tulis Soriano.
Terdahulu Jumaat lepas, TMJ yang juga pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia menyiarkan teks yang beliau terima daripada seseorang yang bernama Tincho 2 dalam berita Instagram yang memberitahu bahawa menurut Laporta, Soriano memberitahunya bahawa mereka tidak membeli mana-mana kelab.
Ferran memberitahu saya ia adalah keterlaluan. Dia berada di Kuala Lumpur menemui penaja. Mereka mempunyai kepentingan di Malaysia seperti di mana-mana negara lain tetapi mereka tidak membeli mana-mana kelab, " menurut teks Laporta yang Tincho 2 hantar kepada Tunku Ismail.
City Football Group diasaskan pada 2014 dan kelab yang sama telah ditubuhkan in New York.
Selain Manchester City, kumpulan itu juga memilik dan mempunyai saham dalam New York City FC (Amerika Syarikat), Melbourne City (Australia), Yokohama F Marinos (Jepin), Atletico Torque (Uruguay) and di Sepanyol Girona FC.
Mereka kemudian memperluaskan pengarah dalam dunia bola sepak dengan meningkatkan portfolio dengan membeli Sichuan Jiuniu February lepas yang merupakan kelab pertama mereka di China.
- Bernama