Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Dua atlet olahraga negara, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh Randhawa mara ke acara final lompat tinggi pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Kedua-dua atlet tersebut mencatatkan lompatan setinggi 2.21m untuk ke saingan seterusnya di Carrara Sports and Leisure Centre pada Rabu (11 April) ini.

Olimpian negara, Hup Wei tidak mempunyai masalah untuk menempah slot ke final apabila berada di kedudukan kelapan keseluruhan.

Berbanding atlet program podium, Nauraj yang diletakkan dalam keadaan cemas apabila terpaksa menunggu pengesahan keputusan ke final oleh penganjur apabila berakhir di kedudukan ke-13 keseluruhan.

Mengikut format awal, hanya 12 atlet terbaik layak ke final namun Nauraj turut mendapat tempat ke saingan seterusnya apabila mencatatkan rekod sama dengan 12 atlet lain iaitu 2.21m, hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS