Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Atlet wushu negara Wong Weng Son kini bergelar juara wushu dunia selepas meraih pingat emas dalam acara jianshu (pedang) lelaki di Kejohanan Wushu Dunia di Kazan, Rusia, Isnin.

Weng Son mengumpul 9.64 mata menewaskan pencabarnya Lee Ha Sung dari Korea Selatan yang memenangi perak dengan 9.60 mata serta rakan sepasukannya Yeap Wai Kin di tempat ketiga dengan 9.53 mata.

Kejayaan itu cukup bermakna buat Weng Son apabila beliau sekadar meraih pingat perak dalam acara jianshu dan qiangsu (lembing) pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL 2017).

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS