Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
'Adilkah jualan tiket begini?'
Diterbitkan:  Aug 28, 2017 2:46 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Kaedah jualan tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea Malaysia-Thailand dipertikaikan banyak pihak, termasuk ahli politik.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman (gambar) membangkitkan berkaitan peluang penduduk di luar Lembah Klang untuk mendapatkannya.

“Bagaimana ini adil kepada penduduk di Luar Lembah Klang, terutamanya apabila ia dijual sehari sebelum perlawanan, pada hari bekerja,” tulisnya di Twitter.

Ribuan peminat dan penyokong bola sepak tempatan berkampung di Shah Alam sejak 10 malam tadi bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir bola sepak esok malam, walaupun kaunter jualan hanya dibuka jam 11 pagi tadi.

Tiket untuk penyokong tuan rumah dijual di Stadium Shah Alam manakala tiket untuk penyokong Thailand dijual di Stadium Melawati. Tiada jualan atas talian.

Perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

Malaysia mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas menundukkan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir pada Sabtu malam manakala Thailand mara setelah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar.

Nurul dengar 'beberapa masalah'

Sementara itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah pula berkata turut mendengar keluhan berkaitan pengurusan jualan tiket itu.

“Saya mendengar beberapa masalah berlaku di stadium atas sebab pengurusan dan tetapan jualan tiket yang tidak memuaskan.

“Kalau tak dapat tiket, kita tonton dari lembah pantai bersama-sama!” katanya sambil berkata wakil Pemuda PKR juga antara ribuan lagi yang beratur di situ.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS