ADS
mk-logo
Sukan
Chong Wei tumpas, Lin Dan tebus kekalahan 11 tahun lalu

Kemenangan Lee Chong Wei sebelas tahun lalu di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia akhirnya ditebus oleh lawannya Lin Dan yang mengalahkan beliau dalam straight set, 21-19 dan 21-14.

Perlawanan akhir beregu lelaki perseorangan itu yang berlangsung selama 55 minit itu berakhir dengan kemenangan kejuaraan terbuka Malaysia yang pertama buat Lin Dan.

Chong Wei yang pada mulanya menguasai ritma perlawanan dalam set pertama tetapi akhirnya Lin Dan kembali sedikit demi sedikit mendekati mata.

Lin Dan yang ketinggalan mengikat mata pada 19-19 di set pertama dan mengakhirinya dengan 19-21 untuk mendapat mata untuk set pertama.

Dalam set kedua, walaupun Chong Wei ketinggalan di awal perlawanan dengan 2-5, beliau cepat mengikat semula mata pada 5-5.

ADS

Pukulan smash Lin Dan sukar ditangani dan beliau kembali di hadapan di minit ke-36 dengan 5-7. Sungguhpun Chong Wei yang jauh ketinggalan sebanyak enam mata 9-15, beliau mudah mengurangkan defisit dengan 14-17 di minit ke-51.

Lin Dan cepat menamatkan set kedua itu dalam empat minit seterusnya dengan mengutip empat mata dan seterusnya merangkul kejuaraan pertama untuk beliau di Sarawak.

Selepas perlawanan itu, para penyokong memberikan tepukan gemuruh sambil bersorak nama Chong Wei dan Lin Dan. Kedua-dua pemain itu turut menukar jersi sebelum upacara penyampaian hadiah.

Walaupun Chong Wei tewas dalam tangan Lin Dan, mereka juga berhasrat untuk bertemu lagi di gelanggang dalam kejohanan dunia nanti pada bulan Ogos.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS