ADS
mk-logo
Sukan
Bintang Semangat Jerai untuk Faiz
Diterbitkan:  Jan 12, 2017 1:27 PM
Dikemaskini: 5:36 AM

Pemenang Anugerah Puskas Fifa 2016, Faiz Subri akan dikurniakan pingat Bintang Semangat Jerai Kedah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-89, minggu depan.

Perkara itu disahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah susulan kejayaan pemain kelahiran Ayer Hitam mengharumkan nama negara dan mencipta sejarah tersendiri di peringkat antarabangsa.

"Kami mengucapkan tahniah atas anugerah diterima beliau kerana ia bukan sesuatu pencapaian senang dicapai.

"Kita bersetuju mengurniakan pingat sebagai penghargaan kepada anak Kedah mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang termasuk akademik, sukan dan kesenian.

"Keputusan dibuat dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini. Kita lihat Faiz kebanggaan negeri, negara ini dan beliau kini sebaris dengan ramai pemain lagenda bola sepak dunia," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

ADS

Ahmad Bashah berkata, pihaknya turut memutuskan untuk memberi imbuhan dan sumbangan kewangan secara sekali bayar atau ‘one-off’ kepada Faiz bagi mengenang jasanya.

"Bagaimanapun, jumlah itu dirahsiakan dahulu kerana biarlah Faiz tahu sendiri dari kerajaan negeri," katanya.
 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS