Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Kriket bola merah jambu kutip dana lawan kanser prostat
Diterbitkan:  Nov 17, 2016 3:12 PM
Dikemaskini: 7:20 AM

Lebih 20 pasukan dari seluruh negara akan mengambil bahagian pada Kejohanan Kriket Amal Mo-vember di Kinrara Oval, Puchong dekat Puchong, dari 19 hingga 27 Nov.

Kejohanan pertama kali itu yang menonjolkan keunikan dengan menggunakan bola berwarna merah jambu bertujuan mengutip dana sehingga RM50,000 bagi membantu melawan kanser prostat.

Pengerusi United For Cricket (UFC) Faesal Hosain berkata kejohanan itu yang dianjurkan bersama Persatuan Kriket Malaysia (MCA) merupakan antara usaha bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit itu yang menjadi ancaman kepada golongan lelaki di seluruh dunia.

"Setiap November, kumpulan elit ekspatriat UFC yang berminat dalam permainan kriket, berani mengambil tanggungjawab untuk kebajikan dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kanser prostat, kanser testikel dan masalah kesihatan mental seperti kemurungan," kata Faesal dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, Presiden MCA Mahinda Valipuram memuji usaha dilaksanakan UFC dalam menganjurkan program itu bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit tersebut.

"Kami merancang menjadikan ia sebahagian acara tahunan kerana ia bukan sahaja meningkatkan kesedaran mengenai apa perlu dilakukan untuk melawan kanser prostat tetapi ia turut meningkatkan kesedaran tentang kriket di negara ini.

"Kedua-dua sukan kriket dan melawan kanser mampu menjadikan kejohanan ini peluang terbaik bagi syarikat dan individu untuk menyumbang," katanya.

UFC ditubuhkan pada 2013 oleh ekspatriat yang mempunyai minat terhadap sukan kriket, dan pemainnya terdiri dari India, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS