Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images

Selepas 20 tahun di pentas layar perak, siapa sangka Norman Hakim tiba-tiba muncul di gelanggang gusti.

Pelakon yang sinonim dengan drama bersiri Gerak Khas itu tampil membuat kejutan pada acara Wrestlecon 2016 (PGMania 2016) anjuran Malaysia Pro Wrestling, Sabtu lalu.

Sebagai tetamu khas pada acara yang berlangsung di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur itu, kemunculan Norman dimeriahkan dengan sorakan kira-kira 300 peminat acara gusti profesional tempatan yang hadir.

Selepas tiga perlawanan selesai, Norman dijemput ke atas gelanggang.

"Ini pertama kali saya tengok gusti secara langsung, sangat hebat.

"Mungkin di masa akan datang saya boleh turut serta untuk buat persembahan," katanya secara berseloroh ketika ditemubual pengacara program.

Penampilannya yang berbadan sasa, pelakon berusia 40 tahun itu dilihat sesuai untuk berada di arena gelanggang sukan yang diminati ramai itu.

Walaupun kehadirannya sebagai tetamu khas dan tidak bergusti, Norman tetap mengejutkan penonton dengan cara tersendiri.

 

 

Pada aksi kategori Triple Threat Match, Norman muncul berlari dari bilik persalinan ke gelanggang dengan memakai baju-T berjalur hitam putih.

Pemilik gimnasium Mr Sado Gym and Fitness Centre itu dengan tangkas tampil mengawal perlawanan sebaik pengadil asalnya pengsan susulan dihentam penggusti.

Kategori itu menampilkan saingan antara Daryl Wong, The Kid dan Farish yang berakhir dengan kemenangan Daryl.

Norman dilihat tidak kekok menjalankan tugasnya sebagai pengadil.

Sebaik Daryl membuat serangan terakhir dan mengunci pergerakan The Kid, Norman meniarap ke lantai gelanggang membuat perhitungan dengan kiraan 1, 2 dan 3 yang berpihak kepada Daryl.

PGMania 2016 merupakan antara acara terbesar gusti di Malaysia yang menampilkan penggusti tempatan berbilang kaum serta penggusti jemputan antarabangsa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS