Jaguh badminton China, Lin Dan bukanlah seperti dua edisi sukan Olimpik lalu.
Hari ini dia tercicir pingat di Olimpik Rio apabila tumpas di tangan pemain Denmark, Viktor Axelsen, sebentar tadi.
Pada aksi penentuan pingat gangsa di Rio de Janeiro itu, barangkali kali penyandang pingat emas dua edisi Olimpik lalu itu tidak terlalu ghairah untuk meraih emas.
Lin Dan menang 21-15 dalam set pertama sebelum kebangkitkan Viktor pada set kedua.
Keputusan 21-10 memberi peluang kepada pemain berusia 22 tahun itu bangkit menumpaskan Lin Dan di set terakhir.
Semalam, Lin Dan tewas kepada jaguh badminton Malaysia Datuk Lee Chong Wei dalam aksi separuh akhir.
Bagaimanapun, China masih mempunyai wakil mereka iaitu Chen Long yang kini sedang berdepan Chong Wei bagi perhitungan pingat emas.