ADS
mk-logo
Sukan
Rio2016: Pandelela, Dhabitah ke saingan akhir
Diterbitkan:  Aug 18, 2016 11:02 PM
Dikemaskini: 3:06 PM

Dua penerjun negara berjaya melangkah ke peringkat akhir kategori 10 meter platform wanita Olimpik Rio, sebentar tadi.

Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri, masing-masing menamatkan aksi separuh akhir pada kedudukan keenam dan ke-11 daripada 18 peserta.

Melalui lima terjunan Pandelela berjaya mengumpul 336.95 mata, manakala Dhabitah mengutip 307.65 mata dalam aksi di Pusat Akuatik Maria Lenk, Rio de Janeiro Brazil itu.

Keputusan itu sekali gus membuka harapan kepada kedua-dua atlet untuk meraih pingat bagi acara itu selepas pingat perak berjaya dikutip melalui kategori 10 meter platform seirama wanita.

Sementara itu, saingan akhir acara tersebut akan berlangsung pada jam 3 pagi nanti.

Setakat ini, Malaysia berjaya mengutip dua pingat perak dan satu gangsa melalui beregu campuran badminton dan acara berbasikal yang dimenangi Azizulhasni Awang untuk kategori keirin lelaki.
 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS