Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Buat julung kalinya, acara luncur ais akan dipertandingkan dalam Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dan Malaysia merupakan perintis kepada penganjuran acara sukan musim sejuk itu di Asia Tenggara.

Presiden Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM) Fadzil Johan berkata acara tersebut dijangka diadakan di pusat luncur ais yang sedang dibina di Empire City, Damansara dan penyertaan rasmi sukan berkenaan di Sukan SEA akan diumumkan pada Februari depan.

Beliau berkata sukan luncur ais menawarkan sepuluh pingat menerusi dua disiplin iaitu 'figure skating' dan 'short track' atau lebih dikenali sebagai acara 'ice racing' pada sukan dwitahunan itu.

"Figure skating ada dua pingat emas manakala short track menawarkan lapan pingat emas. Sebelum ini atlet kita menjalani latihan di Sunway Pyramid dan IOI City Mall, Putrajaya.

"Selepas mendapat peruntukan daripada kerajaan, persatuan dapat menghantar atlet luncur ais ke Korea Selatan iaitu kuasa besar dalam acara short track. Minggu depan mereka akan Korea Selatan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontijen negara ke Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk di Lillehammer, Norway, dari 12 hingga 21 Febuari ini.

Pada majlis yang berlangsung di Wisma OCM itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar menyerahkan Jalur Gemilang kepada Fadzil selaku Ketua Kontinjen negara dan atlet luncur ais Chew Kai Xiang.

Chew, 16, akan mengambil bahagian dalam acara Figure Skating bagi kategori lelaki.

-Bernama

Fadzil berkata atlet luncur ais akan berada di Korea Selatan selama sebulan sebagai persiapan sebelum menyertai Kejohanan Remaja Dunia di Bulgaria pada 29 Jan dan Piala Dunia di Amsterdam pada 10 Feb.

Secara keseluruhan, Fadzil sangat berpuas hati dengan pencapaian atlet luncur ais apabila skuad negara memperoleh tiga pingat emas dan satu pingat gangsa ketika beraksi di Kejohanan Terbuka Asia di Filipina dan meraih satu pingat gangsa di Kejohanan Antarabangsa Qatar baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fadzil berkata beliau yakin Chew akan memperoleh kedudukan terbaik pada Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk itu nanti.

Chew juga mengambil cuti selama setahun untuk menjalani latihan bagi mendapat kelayakan ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di PyeongChang.

Beliau berlatih di Korea Selatan, China dan terkini di Osaka, Jepun.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS