Nota pengarang: Ciri-ciri interaktif dalam tulisan ini tidak dapat digunakan oleh pengguna aplikasi Malaysiakini buat masa ini. Sila layari versi telefon pintar atau pelayar Internet di komputer anda untuk hasil terbaik.
Suka atau benci, Dr Mahathir Mohamad sentiasa menjadi antara tokoh penting negara ini, terutamanya setelah 22 tahun memimpin.
Bekas perdana menteri keempat itu bagaimanapun turut berdepan kritikan susulan langkah keras dalam politik, terutama caranya menangani gerakan Reformasi 1998.
Pendiriannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dipecatnya 19 tahun lalu juga masih melekat kuat dalam ingatan, khususnya pihak yang mengikuti perjalanan politik tanah air dari dekat.
Di sisi lain, Mahathir berjaya mengambil hati penyokong pembangkang di ceramah-ceramah pembangkang dengan sikap sinis dan kadang kala lucu ketika mengulas isu-isu semasa.
Bagaimanapun, terdapat penyokong pembangkang yang masih tertanya-tanya sama ada tokoh 92 tahun itu serius terhadap reformasi institusi-institusi dalam negara ataupun setakat mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir juga sering menegaskan keperluan untuk merampas Putrajaya terlebih dahulu berbanding perkara-perkara lain.
Selain itu, setelah Anwar merengkok dalam penjara, Mahathir secara tidak langsung dilihat menjadi gam yang mencantumkan parti-parti pembangkang secara lebih erat, yang kini sudah mempunyai stuktur rasmi dan lambang bersama.
Tetapi persoalan ang terus muncul, adakah Mahathir, bersama platform barunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), akan kembali mendekati Umno dan BN jika Najib berjaya dijatuhkan.
Anda sendiri bagaimana? Anda percaya Mahathir?
Di atas ini empat persoalan penting yang harus anda jawab.