Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kolum
ULASAN | Strategi Moscow pikat Malaysia dan kuasa serantau

Forum Ekonomi Timur ke-9 Eastern Economic Forum (EEF) di Vladivostok mencipta dinamik kuasa baru serantau, dan mencerminkan niat strategik Rusia untuk memperkukuhkan lagi pengaruhnya dalam domain Global South dan kuasa-kuasa baru dalam blok bukan Barat.

Ini menyampaikan mesej kepada Barat bahawa walaupun dikenakan sekatan dan usaha berterusan untuk mengasingkan Rusia, ia masih mempunyai pilihan untuk meningkatkan pengaruh ke atas pihak dan sekutu bukan Barat lain bagi meningkatkan sandaran ekonomi dan perdagangan Moscow.

Jemputan khas oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin, kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim mencerminkan niat strategik dalam mendekati Malaysia, melihat potensi besar dan peranan masa depan yang boleh dimainkan oleh negara ini dalam percaturan ekonomi dan diplomatik untuk memperkukuh sandaran strategik memikat rantau Asia Tenggara dan Asean dan membentuk kuasa third force baharu.

Hubungan baik bersejarah dengan rantau ini, terutamanya dalam bidang pertahanan dan keselamatan, akan terus menjadi pemacu utama untuk menggunakan ini sebagai ukuran utama dalam positive ripple impact dalam sektor ekonomi dan perdagangan.

Malaysia penting bagi rantau ini dan akan menentukan arah tuju Asean tahun depan. Penyertaan Malaysia dalam Forum Ekonomi Timur dan jemputan tersebut dilihat sebagai perlu untuk tujuan yang lebih besar ini.

Ini memberi peluang strategik untuk Rusia melibatkan diri lebih rapat dengan Malaysia, terutamanya apabila Malaysia juga terperangkap antara kuasa duopoli China dan AS di rantau ini.

Peranan baru Malaysia yang sedang berkembang

Malaysia dilihat sebagai pintu masuk untuk keterlibatan lebih lanjut dengan rantau ini, dunia Arab, dan rangkaian Global South, dan ini dilihat memberikan pulangan kepada Malaysia dalam sandaran baru peluang geopolitik dan kuasa sektor tenaga dan makanan Rusia.

Rusia merupakan rakan dagangan kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Eropah tahun lepas, dengan jumlah dagangan dua hala meningkat sebanyak 15.6 peratus kepada RM14.22billlion, berbanding RM12.3billion yang dicatatkan pada 2022.

Kekuatan Malaysia dalam pembangunan produk halal dan kewangan Islam juga penting, bersama dengan peranan baru masa depan dalam domain ekonomi baru dan kaedah konvensional termasuk minyak dan gas serta komoditi, serta peranan strategik sebagai kuasa middle power dan penyeimbang kuasa di rantau ini.

Dengan kepimpinan yang semakin meningkat dalam industri kritikal masa depan termasuk semikonduktor, sumber mineral kritikal, ekonomi digital, teknologi maju, tenaga baru serta peralihan dan keselamatan rantaian makanan dan bekalan, Malaysia tampil sebagai faktor pulangan strategik baru Moscow dalam usaha menangkis percubaan Barat untuk terus mengekang pilihan dan jaluran diplomatik dan ekonomi Rusia.

Ini melengkapi usaha Rusia untuk memperluaskan pilihan sokongannya, dan yang paling penting, mempermudah entry transition dalam rantau Asia Tenggara.

Malaysia adalah antara negara yang berada dalam radar percaturan baru Rusia, untuk keahlian BRICS yang berpotensi, dan Putin secara peribadi telah melanjutkan jemputan kepada Perdana Menteri untuk mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak BRICS yang akan datang di Kazan bulan depan.

Dengan sokongan dan jaminan baru ini, Malaysia berharap dapat memperluaskan sandaran perdagangan dan ekonominya serta memperkasa jajaran lebih mendalam dengan Global South dan blok kuasa ekonomi alternatif dan baharu dalam mengekalkan pilihan ekonomi dan peralihan ekonomi masa depan.

Pemerkasaan hubungan people to people KL dan Moscow juga kekal sebagai fokus, dan usaha akan dilakukan untuk meningkatkan kefahaman dan penghargaan budaya, pelancongan, serta pendidikan. Malaysia menerima lebih daripada 100,000 kedatangan pelancong dari Rusia tahun lepas, dengan usaha untuk meningkatkan sambungan penerbangan untuk merancakkan perhubungan dan persefahaman budaya di antara kedua-dua negara.

Sebagai fokus baru sambungan ke Asia Tenggara, Rusia dijangka menemui titik hubungan baru dengan Asean apabila Malaysia menjadi pengerusi Asean pada 2025.

Malaysia juga menginginkan keselamatan makanan dan tenaga, dan Rusia dilihat mampu memainkan peranan baru dalam percaturan ini. Penyertaan Malaysia sentiasa selaras dengan pendiriannya mengenai kebebasan dan autonomi dalam memilih rakan ekonomi dan diplomatik.

Penyertaan Malaysia dalam Forum ini merupakan kesinambungan daripada langkah strategik keseimbangan dan pengurangan risiko, serta meningkatkan kepelbagaian dalam kepelbagaian sandaran perdagangan.

Ini dilihat sebagai kesinambungan kepada langkah untuk melibatkan diri dengan BRICS, sebagai mesej bahawa Malaysia kekal autonomi dan bebas dalam merangka hala tuju ekonomi dan diplomatiknya tanpa bagasi dan tekanan daripada peningkatan tekanan kuasa luar.

Ini juga dianggap dan dilihat oleh kuasa-kuasa lain sebagai satu lagi langkah strategik untuk Malaysia memperluaskan sandaran geopolitiknya dari pergantungan perdagangan dan ekonomi terhadap China, dan hubungan Rusia-Malaysia diperkukuh oleh sejarah hubungan baik dan kerjasama dalam sains serta pertahanan.

Penyertaan dalam EEF ini juga dapat dilihat bahawa Malaysia masih mempunyai pilihan baru untuk memperdalam hubungan dengan Rusia, dan ia memberikan jaminan baru dalam pulangan ekonomi dan tenaga serta bidang pertahanan dan keselamatan.

Malaysia dilihat berperanan sebagai kuasa yang semakin berkembang di rantau ini yang boleh memberikan kuasa keseimbangan jangka panjang kepada Barat dan berpotensi juga kepada Beijing.

Malaysia juga mahukan pilihan perdagangan dan ekonomi tambahan selain daripada RCEP, IPEF, serta rangkaian Perjanjian Perdagangan Bebas dua hala dan ASEAN. BRICS dan domain penyeimbang lain menyediakan pulangan berganda ini dalam memacu pengaruh geopolitik dan meningkatkan kedudukannya sebagai middle power dan peranan yang lebih efektif dalam memperbaiki dikotomi kuasa di rantau ini.

Kepentingan serantau baru kepada Rusia

Fokus rantau ini terhadap keselamatan makanan, rantaian bekalan, dan tenaga serta sokongan dan jaminan pertahanan serta keselamatan melalui aset ketenteraan, menjadikan Rusia sebagai pelaku kuasa ketiga yang diidamkan di rantau ini.

Moscow menyedari bahawa rantau Asia Tenggara telah lama terperangkap dalam dominasi kuasa dua hala Beijing dan persaingannya dengan Washington. Oleh itu, kehadiran Rusia dilihat sesuai dalam menyediakan ruang kuasa ketiga yang efektif dalam dinamik kuasa ini. Rusia mempunyai kekuatan berteknologi tinggi yang belum pernah diperkenalkan atau diperlukan di rantau ini, terutamanya pertahanan peluru berpandu.

Ini juga merupakan mesej kepada rantau ini dan Asia Timur bahawa Rusia kini merupakan pemain dan kuasa yang sedang muncul dalam domain geografi dan ekonomi yang secara tradisinya dikuasai oleh China.

Usaha Rusia yang semakin meningkat dalam aspek pertahanan dan economic friendshoring di Asia Tenggara adalah sebahagian daripada pendekatan untuk meningkatkan kebergantungannya kepada pihak bukan Barat dan kapasiti Global South, terutamanya apabila Asia Tenggara secara tradisinya dilihat tetap kukuh dalam pendekatan berkecuali dan konsep pencegahan konflik melalui dialog dan diplomasi.

Kegusaran rantau ini terhadap peningkatan pengaruh Barat dan China dalam perebutan kuasa global menjadi pedoman untuk Moscow melebarkan sayap pengaruh dalam dimensi berbeza yang dapat memberi ruang baharu dalam kesempitan pergerakan dan percaturan dominasi kuasa.

Rantau Asia Tenggara membentuk domain penghubung dalam melengkapkan lengkungan kepentingan sempadan dekat dan jauh Rusia, sebagai teater pelengkap seterusnya selepas rantau Asia Tengah, Asia Selatan, Afrika dan Artik.

Pengaruh dan cengkaman geopolitik Moscow di Artik juga menjadi kunci seterusnya dalam laluan maritim baru, iaitu Northern Sea Route dan potensi simpanan serta penerokaan minyak dan gas yang berjumlah tinggi di Artik yang akan melengkapkan dan meningkatkan kelebihan Siberia yang sedia ada bagi Rusia dalam keselamatan makanan dan pengeluaran makanan. Kesan pemanasan global memberi Siberia dan Artik talian hayat baharu dan pulangan produktif dalam aspek makanan dan bahan bakar fosil.

Langkah melalui EEF dan usaha economic and defence friendshoring ini juga merupakan mesej kepada China bahawa Rusia masih memegang leverage and bargaining chip dan kini berada di ambang untuk mencorakkan usahanya sendiri secara bebas dalam meningkatkan usaha memelihara kepentingan nasional dan penerokaan pakatan baharu dengan kuasa lain, walaupun terdapat jalinan rapat melalui No Limits Ties antara Beijing and Moscow.

Sejarah perang di antara kedua-dua negara dan kegusaran yang kekal konsisten, termasuk lawatan Putin ke Vietnam, Mongolia, serta Korea Utara, serta peranan dan pengaruh yang semakin meningkat di Asia Tengah sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran kepada Beijing kerana negara-negara ini adalah sekutu tradisional dan rakan kongsi China, dan usaha Putin dilihat sebagai pencerobohan ke dalam orbit pengaruh tradisional Beijing.

Rusia masih memegang kelebihan dalam jangka panjang dalam aspek makanan, tenaga, serta teknologi dan ketahanan pertahanan dan ketenteraan yang kritikal di rantau ini. Ini dilihat sebagai pilihan ketiga yang dipercayai bagi rantau ini.

Kombinasi pulangan konvensional dan bukan konvensional, dengan gabungan jaminan pertahanan serta keselamatan tenaga dan makanan tanpa bebanan strings attached, menjadikan Rusia sebagai pilihan semulajadi dalam memperdalam pilihan rantau ini dan mengisi jurang yang telah lama menghalang kemajuan rantau ini.

Walaupun begitu, rantau ini masih pragmatik dan bijak untuk terus mendekatkan diri dengan Washington dan Beijing, bagi memastikan rantau yang stabil dan selamat serta pada masa yang sama mendapatkan jaminan keselamatan dan hasil terbaik daripada percaturan kuasa penjurut tiga segi Moscow-Beijing-Washington tersebut.


COLLINS CHONG YEW KEAT ialah penganalisis Strategi, Keselamatan dan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya (UM).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS