Parti Islam SeMalaysia (PAS) sering dimomokkan sebagai menganut fahaman Islam fundamentalis. Rang undang-undang hudud yang baru diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu telah dikerahkan oleh pihak-pihak yang anti-PAS sebagai undang-undang fundamentalis.
Maka serentak dengan itu, kita diajak (atau dipaksa) bermain dengan imej-imej fundamentalisme Islam yang masih segar, misalnya nasib kaum wanita di bawah pemerintahan Taliban kerangka politik keagamaan sempit, kaum dan pemerkauman akan terus jadi pisang goreng panas yang laris terjual, mungkin kerana ramai orang memuji-muji keenakannya. Apatah lagi pada musim pilihanraya.
RAHMAT HARON bertugas sebagai wartawan di RadiQRadio sebuah program berita radio independen Malaysia. Dia turut bergiat di Universiti Bangsar Utama (UBU), sebuah kumpulan anak-anak muda progresif-demokratik, dengan cita-cita reformasi untuk sebuah Malaysia baru yang bersih dan jernih dari segala macam kecelaruan politik lama.