Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM, Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pula membuat laporan polis semalam, menafikan dakwaan bahawa beliau mengeluarkan surat menawarkan kepada seorang calon umum untuk bertanding bagi pihak universiti.

Kelmarin, calon berkenaan - Shah Rizul Ayuni Zulkiply - membuat laporan polis di balai polis Pantai, berhubung surat tersebut yang turut disertai wang tunai RM100.

Surat ini mempunyai tandatangan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM, Prof Madya, Dr Azarae Idris.

dr azarae idris Manakala Dr Azarae (foto) pula membuat laporan di balai polis Brickfields pada kira-kira jam 12 tengahari semalam, untuk menafi yang beliau menandatangani dan mengeluarkan surat tersebut.

Dalam laporan tersebut, Dr Azarae menjelaskan empat perkara utama, iaitu.

bullet button Beliau tidak pernah menandatangan dan mengeluarkan surat tersebut.

bullet button Kepala surat yang digunakan, adalah kepala surat lama.

bullet button Nombor rujukan pada surat berkenaan, bukan nombor rujukan rasmi pejabat beliau.

bullet button Namanya pada tidak lengkap bersama gelaran 'Datuk'.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Azarae berkata, berdasarkan empat perkara tersebut, ternyata ia adalah satu fitnah terhadapnya.

"Maka saya membuat laporan polis tersebut untuk membersihkan nama saya," katanya.

Ditanya sama ada siasatan dalaman akan dijalankan oleh pihak universiti bagi mengesan mereka bertanggungjawab melakukannya, Dr Azarae berkata, pihaknya tidak berkemampuan untuk berbuat demikian.

Lagi pula, katanya, pihak pengawal keselamatan juga sibuk dengan tugas-tugas berkaitan dengan pengendalian pilihanraya kampus di UM.

Dr Azarae berharap agar pihak polis dapat menyiasatkan perkara itu bagi mengetahui siapakah dalang yang cuba mencemarkan nama beliau.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS