Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Terminal bas Klang, perbincangan terbuka Jumaat ini
Diterbitkan:  Jan 7, 2009 4:29 PM
Dikemaskini: 8:34 AM

Kerajaan negeri akan mengadakan satu perbincangan terbuka antara semua pihak yang terbabit dalam isu pemindahan operasi pengangkutan awam dari bandar Klang ke Terminal Bas Klang Sentral yang dibantah oleh pelbagai pihak.

Relocation of Klang bus station Keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri, mendapat taklimat lanjut daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK) melalui mesyuarat exco negeri hari ini.

Taklimat itu adalah mengenai sejarah pembinaan terminal tersebut serta semua perjanjian yang terlibat, serta masalah yang diutarakan oleh peniaga dan pengusaha pengangkutan.

Pejabat Menteri Besar, dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebelum ini, kerajaan telah mengarahkan MPK menyelesaikan masalah yang timbul.

"Namun, masih ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati mreka," tambanya.

Menurutnya, setelah mendengar taklimat tersebut, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengadakan perbincangan terbuka tersebut pada mesyuarat MTES 9 Januari ini.

Relocation of Klang bus station Antara mereka yang akan hadir, tambahnya, ialah wakil peniaga dan pengusaha pengangkutan awam, ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri (Adun) kawasan terlibat.

Akan hadir sama ialah ahli jawatankuasa khas pemindahan MPK, pemaju Terminal Bas Klang Sentrall NPO Development Sdn Bhd dan operator yang telah dilantik oleh pemaju, Nadi Corp Sdn Bhd.

"Kerajaan negeri juga berharap semua pihak akan bersabar sehinggalah perbincangan berkaitan isu ini diperjelaskan," tambah kenyataan tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS