Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Istana tidak perkenan Hadi, Nik Aziz berkhutbah
Diterbitkan:  Aug 14, 2008 8:30 PM
Dikemaskini: 1:14 PM

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak jadi menyampaikan khutbah Jumaat di dua masjid utama di Ipoh selepas tidak mendapat perkenan Istana Perak.

Abdul Hadi dan Nik Abdul, yang berada di negeri itu kerana menghadiri muktamar PAS ke-54 esok, asalnya dijadual menyampaikan khutbah masing-masing di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) dan Masjid Sultan Azlan Shah.

Semalam perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga pemimpin PAS negeri.

Bagaimanapun sewaktu Abdul Hadi dan beberapa pemimpin PAS menghadap Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini, baginda tidak memperkenan Abdul Hadi berbuat demikian.

Keputusan istana itu dimaklumkan kepada Bernama oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman.

Beliau dilaporkan berkata titah baginda itu selaras dengan pendirian bahawa masjid dan surau di Perak haruslah bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian.

Katanya hanya imam yang mendapat tauliah daripada Sultan Perak yang boleh menyampaikan khutbah di masjid-masjid di Perak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS