Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

kemaskini 5:59pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini bergelut dengan isu panas didakwa meliwat pembantunya, membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis kontinjen Selangor hari ini.

Penasihat PKR sampai kira-kira jam 2.50 petang, diiringi peguamnya Sankara Nair.

anwar ibrahim police report against igp and ag pc 010708 03 Laporan polis berhubung laporan siasatan kes beliau ditumbuk oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor pada 1998 yang didakwa melibatkan penyelewengan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Saya juga percaya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadap saya.

"Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya daripada pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah," kata Anwar dalam laporan polis itu.

"Saya percaya kedua-dua Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani Patail secara aktif terlibat dalam menyediakan laporan kedua tidak bertarikh oleh Dr. Abdul Rahman yang telah membuat kesimpulan palsu dan pelik seperti ' the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow ' [bentuk dan ciri kecederaan tidak konsisten dengan pukulan secara langsung], ' accidental nature of the injuries could not be ruled out ' [kemungkinan kecederaan ini disebabkan oleh kemalangan tidak boleh ditolak] dan ' self-inflicted nature of the injury should be considered [kemungkinan kecederaan disebabkan perbuatan sendiri harus diberikan pertimbangan].

"Mereka mengarahkan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan laporan kedua ini dan bertindak di bawah pengarahan dan/atau bersama Tan Sri Mokhtar Abdullah."

anwar ibrahim police report against igp and ag pc 010708 11 Abdul Gani waktu itu bertugas sebagai timbalan pendakwaraya kanan, antara pegawai paling kanan selepas Mokhtar.

Sebelum itu beberapa peguam dan pemimpin PKR tiba di IPK tersebut di Shah Alam - naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, bendahari parti William Leong dan ketua Angkatan Mudanya Shamsul Iskandar Md Akin (foto atas) .

Turut hadir, exco kerajaan Selangor dan juga ahli majlis pimpinan tertinggi parti itu, Dr Xavier Jayakumar.

Beberapa puluh orang penyokong Anwar berada di luar pintu masuk IPK (foto tengah) menunggu pemimpin mereka.

Mereka tidak dibenarkan masuk sehingga menimbulkan sedikit kekecohan dengan anggota polis untuk beberapa minit ketika ketibaan Anwar.

Beberapa ahli-ahli parlimen PKR termasuk anaknya Nurul Izzah Anwar (foto bawah) hadir di depan pintu masuk ibu pejabat polis tersebut.

anwar ibrahim police report against igp and ag pc 010708 10 Mereka turut dihalang masuk.

Anwar dan para penyokongnya meninggalkan bangunan itu jam 3.20 petang dan menuju ke ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya untuk mengadakan sidang media.

Menurut siaran media PKR pagi tadi, satu ceramah penjelasan isu menggemparkan ini akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8.30 malam ini.

Sementara itu tiada sidang media keluarga Mohd Saiful Bukhari Azlan - yang mendakwa penasihat PKR meliwatnya - seperti diura-urakan dalam kalangan media sebelumnya.

Malaysiakini difahamkan pemuda itu akan mengadakan sidang akhbarnya dalam tempoh beberapa hari lagi.

Polis semalam menghabiskan masa selama lima jam menyiasat di sebuah kondominium di Desa Damansara, tempat yang didakwa berlaku perbuatan tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS