Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kajian separuh penggal RMK9
Diterbitkan:  Jun 26, 2008 12:29 PM
Dikemaskini: 4:42 AM

Perdana menteri hari ini membentangkan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) di Dewan Rakyat bagi menjamin kesinambungan agenda pembangunan negara, apatah lagi dalam suasana ekonomi semasa yang amat mencabar.

"Sekiranya tidak ditangani secara wajar, kenaikan harga minyak dan komoditi yang mendadak, serta kemelut dalam pasaran kewangan sedunia yang masih berlanjutan mampu menjejaskan usaha kita untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mapan," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan pembentangan kajian itu.

Satu daripada objektif utama bagi fasa kedua dalam pelaksanaan RMK9 adalah untuk memastikan agar mutu hidup rakyat tetap terpelihara dan program-program peningkatan pendapatan serta jaringan keselamatan sosial akan terus dilaksana dan diperkasa.

Ucapan beliau, kira-kira sejam, disiarkan secara langsung di RTM 1 sejak 11.30 pagi tadi.

Selepas itu Dewan Rakyat ditangguhkan hingga Isnin depan untuk perbahasan pembentangan tersebut.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS