Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Orang ramai boleh memberi bantahan terhadap draf Pelan Induk Pembangunan KL 2020 sehingga akhir Ogos ini – langkah pertama yang dibuat akibat kesedaran masyarakat semakin meningkat.

kl draft city plan dbkl media briefing 040608 zainab mohd ghazali Maklum balas ini dibuka mulai bulan lepas melalui program taklimat dan dialog antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kumpulan tertentu termasuk ahli parlimen, badan bukan kerajaan dan persatuan penduduk.

DBKL merancang mengadakan 10 kali pertemuan dengan kumpulan-kumpulan ini, kata pengarah Jabatan Pelan Induk, Zainab Mohd Ghazali di sidang media di bangunannya hari ini.

"Tetapi jika pihak lain (orang ramai) yang berminat, boleh juga datang menyertai taklimat dan dialog tersebut," katanya.

Perunding luar pelan induk itu Norliza Hashim, yang menyampaikan taklimat dengan media, berkata ia adalah draf pembangunan ibu kota yang pertama dibuka untuk maklum balas awam.

"Keseluruhan ideanya (dialog) adalah kesedaran, supaya orang ramai memberitahu apa yang mereka mahu. Pada saya, saya rasa itu hebat. Saya terlibat dengan banyak kajian, tetapi buat kali pertama kesedaran (awam) itu agak tinggi," katanya.

kl draft city plan dbkl media briefing 040608 norliza hashim "Ini adalah perancangan kerajaan tempatan kita (di Kuala Lumpur) yang pertama (dibuka kepada awam). Dan kita cuba mencapainya, walaupun bukan 100 peratus.

"Melihat pada pelan itu, ada beberapa sasaran ditetapkan seperti bebas daripada pencemaran. Semua sasaran dimaklumkan. Komitmen semua orang amat penting."

Perancangan yang tidak melibatkan pandangan umum dan tidak menerima bantahan adalah tidak bagus, tambahnya.

"Sebelum ini, ada perancangan kerajaan tempatan tidak mendapat sebarang bantahan. (Keadaan) ini tidak bagus," kata Norliza.

Mengulas golongan miskin bandar yang mungkin kurang sedar keperluan mereka memberi pandangan kerana tiada penasihat undang-undang, Zainab berkata perkara itu boleh dilakukan melalui wakil-wakil rakyat dan wakil komuniti mereka.

"Mereka ada wakil rakyat, kumpulan-kumpulan komuniti, sebab itu kami panggil mereka. Kami harap mereka boleh pergi kepada komuniti," katanya.

jadual perjumpuan draf pelan kuala lumpur 040608 DBKL merancang menemui ahli parlimen dan wakil-wakil parti politik pada 17 dan 19 Jun ini (lihat jadual) .

Semua pertemuan ini diadakan di tingkat 30 bangunan DBKL di Jalan Raja Laut mulai 9.30 pagi.

Maklum balas ini akan disalurkan kepada sebuah jawatankuasa yang dibentuk untuk meneliti, mengkategori dan menilai sebelum membuat cadangan kepada datuk bandar dan menteri wilayah persekutuan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS