Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keputusan mahkamah tinggi syariah Pulau Pinang membenarkan seorang mualaf, Siti Fatimah Tan Abdullah atau nama asalnya Tan Ean Huang kembali ke agama asalnya, Buddha menjadi topik utama akhbar-akhbar berbahasa Cina.

siti fatimah tan abdullah tan ean huang Nanyang Siang Pau, China Press dan Sin Chew Daily melaporkan Tan, 38, yang dibenarkan kembali kepada agama asalnya Buddha.

Menurut China Press , kes tersebut merupakan yang pertama yang membabitkan kes murtad di Pulau Pinang.

Sin Chew Daily melaporkan Siti Fatimah tidak lagi beragama Islam mengikut Seksyen 61(3)b(x) di bawah Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

The Star turut menyiarkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang membenarkan Siti Fatimah kembali kepada agama Buddha

Manakala News Straits Times melaporkan perdana menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat arahan kepada setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor membuat laporan polis mengenai kenyataan Karpal Singh yang membabitkan Sultan Perak.

The Sun meyatakan mengenai masalah kes tertunggak yang kini mencecah kira-kira satu juta yang memerlukan penstrukturan semula semula semua jawatan di mahkamah.

Malaysia Nanban melaporkan mengenai kebakaran sekolah Tamil di Kampar yang dikatakan berlaku kerana litar pintas.

Tamil Nesan pula melaporkan polis Chennai memperolehi waran untuk menahan ahli perniagaan Malaysia.

Makkal Osai melaporkan penyerahan memorandum di parlimen semalam oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)..

Dalam lidah pengarangnya, Sin Chew mengulas mengenai kontrak yang seharusnya telus berikutan dengan cadangan mengurangkan kadar tol lebuhraya.

New Straits Times pula melaporkan kenyataan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan mengenai peraturan terhadap penapisan filem.

The Star melaporkan bahawa subsidi makanan harus diberi keutamaan sebagaimana subsidi minyak.

Tamil Nesan menyatakan bahawa MTUC sepatutnya terlibat bersama kerajaan dalam perbincangan mengenai taraf gaji minimum.

Malaysia Nanban bersimpati dengan rakyat Burma yang menghadapi ribut taufan yang telah mengorbankan kira-kira 22,000 orang dan 42,000 lagi di katakan hilang.

Makkal Osai bersetuju dengan komuniti antarabangsa menyegerakan bantuan kepada mangsa taufan Nargis di Burma.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS