Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN tumbang di Selangor
Diterbitkan:  Mar 9, 2008 12:11 AM
Dikemaskini: 10:40 PM

Barisan parti-parti pembangkang di Selangor berjaya meraih lebih separuh daripada 56 kerusi DUN.

Setakat ini, sebanyak 36 kerusi jatuh ke tangan pembangkang - PKR (15), DAP (13) dan PAS (8).

Pembangkang sudah menguasai Pulau Pinang - dan ia diakui sendiri oleh bekas ketua menteri Tan Sri Koh Tsu Koon.

Begitu juga Kedah dan Perak.

Kedua-dua negeri ini, seperti Selangor, belum rasmi jatuh ke tangan pembangkang.

Seperti di Pulau Pinang dan Perak, Selangor akan menyaksikan kerajaan campuran antara, sekurang-kurangnya, dua parti yang mengumpulan jumlah kerusi terbanyak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS