Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Menang, esok turun harga minyak'
Diterbitkan:  Feb 26, 2008 2:55 PM
Dikemaskini: 7:03 AM

Hasil keuntungan minyak Petronas yang berjumlah RM80 bilion akan "dipulangkan" kepada rakyat dengan menurunkan harga minyak jika pakatan pembangkang menang dalam pilihanraya umum 8 Mac ini, kata Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Langkah itu juga, tambahnya, secara tidak langsung akan menstabilkan harga barang.

anwar ibrahim "Hari ini (8 Mac) kita diumumkan menang, esok (9 Mac) kita umumkan penurunan harga minyak," kata Anwar ketika berucap kempen pakatan pembangkang di pekan Tanjung Dawai malam tadi.

Bernama memetik Anwar sebagai berkata, beliau tahu bagaimana hendak menguruskan ekonomi negara kerana selama menjadi Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 harga minyak tidak

sekalipun dinaikkan.

"Tak payahlah nak bagi tau, saya taulah macam mana nak buat," kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS