Akhbar berbahasa Cina yang berpengaruh Oriental Daily mula dilanda ketakutan untuk melaporkan perkembangan parti-parti yang bertanding, khususnya pembangkang kerana sedang menghadapi masalah permit penerbitan.
Permitnya yang tamat pada Disember tahun lalu sehingga kini belum diperbaharui oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN).
Ia dijangka diperolehi selepas pilihanraya umum nanti.