Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suhakam batal siasatan awam rusuhan Batu Buruk
Diterbitkan:  Dec 13, 2007 3:34 PM
Dikemaskini: Jan 29, 2008 10:21 AM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini membatalkan siasatan awam terhadap dakwaan penggunaan peluru hidup semasa perhimpunan haram pada malam 8 September lalu di Batu Buruk di Kuala Terengganu.

Pengerusi panel siasatan awam itu Datuk Muhammad Shafee Abdullah berkata pembatalan itu perlu dibuat kerana dua mangsa dalam kejadian itu telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu pada 9 Disember lalu atas tuduhan cuba mencederakan anggota polis ketika perhimpunan haram itu.

Muhammad Shafee berkata keterangan yang diberikan di mahkamah nanti akan merangkumi kejadian tembakan atau penggunaan peluru hidup dan fakta itu akan bercantum dalam satu transaksi yang sama.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS