Kementerian Pendidikan memperluaskan penawaran bahasa elektif di sekolah untuk memasukkan bahasa Mandarin, Tamil dan bahasa negara Asean lain.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata ini termasuk Thai, Khmer, dan Vietnam, dalam usaha menggalakkan kerjasama antara negara Asean yang lebih erat.
"Kekuatan Asean terletak pada kepelbagaian budaya, bahasa dan tradisinya. Bagi memanfaatkan keunikan ini, generasi muda perlu diperlengkap dengan kecekapan pelbagai bahasa serta kefahaman silang budaya,” katanya seperti dipetik Bernama semalam.
Dia berkata demikian pada sidang kemuncak pendidikan Asean di Pulau Pinang.
Terdapat seruan untuk menyepadukan bahasa vernakular ke sekolah kebangsaan sejak sekian lama sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh perpaduan dan integrasi dalam kalangan kanak-kanak Malaysia.
Pada masa ini, sekolah Cina khususnya semakin popular di kalangan ibu bapa Melayu.
Dilaporkan pada Februari bahawa semua murid tahun satu yang mendaftar di SJKC Kong Aik di Mata Ayer, Perlis bukan berbangsa Cina.
Malah, 93 daripada 190 pelajar di sekolah itu adalah Melayu.
