Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Imam besar Al-Azhar berduka atas pemergian Paus Francis

Imam Besar Al-Azhar Dr Ahmed Al-Tayeb telah melahirkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian Paus Francis, ketua Gereja Roman Katolik, yang disifatkannya sebagai “tokoh kemanusiaan terbilang dan sahabat yang dikasihi”, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Dalam satu kenyataan, Dr Ahmed Al-Tayeb memuji Paus atas dedikasinya yang tidak berbelah bahagi kepada kemanusiaan, menggambarkannya sebagai seorang tokoh yang "mendedikasikan hidupnya untuk berkhidmat kepada manusia, menyokong mereka yang tertindas, pelarian, dan mereka yang terpinggir."

Imam Besar Al-Azhar turut menekankan komitmen Paus dalam memupuk dialog antara agama dan persefahaman antara pelbagai budaya dan agama yang berbeza.

Beliau mengakui perkembangan ketara dalam hubungan antara Vatican dan Al-Azhar di bawah kepimpinan Paus Francis.

Antara detik penting dalam kerjasama itu termasuk penyertaan Paus dalam Persidangan Keamanan Antarabangsa Al-Azhar pada 2017, diikuti pemeteraian “Dokumen Persaudaraan Insan” yang bersejarah pada 2019.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS