ADS
mk-logo
Berita
Warisan gesa tubuh ombudsman antirasuah
Diterbitkan:  Apr 16, 2025 10:08 AM
Dikemaskini: 2:23 AM

Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking menggesa Sabah menubuhkan badan rasmi atau 'ombudsman' antirasuah dalam usaha menangani rasuah di negeri itu.

Bercakap di dewan undangan negeri Sabah, Leiking (Warisan-Moyog) berkata ombudsman itu harus cukup bebas untuk memberi keyakinan kepada orang ramai untuk melaporkan rasuah kepada mereka.

Katanya, ombudsman ini akan melaporkan kepada DUN.

Di samping itu, Leiking berkata negeri itu juga harus menubuhkan undang-undang perlindungan pemberi maklumat sendiri.

"Walaupun bercanggah sedikit dengan penguatkuasaan persekutuan, kita perlu mewujudkan undang-undang di mana kita melindungi pemberi maklumat di Sabah," katanya pada Isnin.

ADS

Kenyataan Leiking hadir ketika skandal rasuah di Sabah - didedahkan oleh pemberi maklumat dan melibatkan banyak pihak dalam kerajaan negeri - masih tidak dapat diselesaikan.

Skandal itu melibatkan dakwaan rasuah kepada Adun kerajaan dan menteri negeri, untuk mendapatkan lesen cari gali mineral.

Sementara itu, mengenai topik cari gali mineral, Leiking menggesa pemberian lesen kepada syarikat swasta dihentikan.

Dia berkata pengekstrakan mineral berharga perlu dikendalikan oleh kerajaan negeri melalui GLC.

Selain itu, dia juga meminta kerajaan Sabah mendedahkan syarikat yang telah dianugerahkan lesen cari gali mineral, berapa banyak yang terikat dengan ahli politik dan bukan warga Sabah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS