ADS
mk-logo
Berita
S'pura bubar parlimen, penamaan calon PRU pada 23 April

Singapura membubarkan Parlimennya pada Selasa, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 negara itu dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 23 April, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan.

Tarikh pengundian akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya. Writ Pilihan Raya dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

"Presiden Tharman Shanmugaratnam, atas nasihat Perdana Menteri Lawrence Wong, telah membubarkan Parlimen pada Selasa, 15 April 2025," menurut kenyataan PMO itu.

Pilihan raya kali ini akan menyaksikan pemilihan 97 Ahli Parlimen (AP), meningkat berbanding 93 AP sebelum ini, selaras dengan cadangan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya.

ADS

Lebih 2.75 juta rakyat Singapura layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS